Saturday 31 December 2011

re:HAPPY NEW YEAR 2012

Salam.........

Selamat tahun baru 2012.Alhamdulillah tirai 2011 berlabuh tepat jam 12am.Kini tibanya tahun baru 2012 yang bakal memberikan dugaan,kegembiraan,ketenangan dan perbagai2 lagi.Selamat datang 2012.
Semoga tahun ni memberikan kebahagian,ketenangan,keceriaan dan kebaikan kepadaku.Terasa pantas masa berlalu,pejam celik pejam celik dah 2012.Bertambah setahun lagi usiaku.(hehehe,dah 3 series)
Apa2 pun wish semua orang kat sana SELAMAT TAHUN BARU 2012.


Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru tlah menyambut kita,saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksesan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan
Selamat tahun baru 2012

Tuesday 27 December 2011

RE: 3rd ANNIVERSARY

Salam......






Alhamdulillah,tanggal 27 Disember 2011 genaplah usia perkahwinan aku 3 tahun.Syukur padamu YA ALLAH kerana menemukan jodohku dengan isteriku.Aku bermohon kepadamu YA ALLAH panjangkan lah usia perkahwinan kami ini hingga ke akhir hayat,kurniakan lah kami zuriat yang soleh/solehah,berkati dan rahmatilah ikatan yang kami bina ini.Amin,amin ya rabbal alamin...................

Tuesday 20 December 2011

re:akhirnya siap juga

salam....

emmm,malam td akhirnya berjaya jugak tukar tombol pintu toilet yang dah lama rosak tue.hehehehe.....bukan tak mo wat,tak de masa laaa.kalau nak leh aje panggil maintenance kat blok tue,tp malas arr.kang dia datang time org x de kat umah,dah nak kena balik plak.ganggu tugas harian je.(cewahhhh)pastu alang2 dah ganti tombol tue tukar la sekali kepala paip dalam toilet tue.tetiba wat hal plak,air tak mo keluar.hehehe.So tghari semalam g dengkil,beli la barang untuk tukar semua tue.
Pergi la beli tombol pintu baru,kepala pair baru,spanar paip bagai.hehehehe.Malam td mula projek menukar.Akhirnya siap pun.Pas ni kalau family dtg umah dah ok pun tombol ngan paip air tue.Toilet ni pun yang kat luar punya.Dah duduk pun berdua je kan,so jarang la guna toilet tue.Harap2 tak dela rosak lagi pasni.

Monday 5 December 2011

re:Carik Mood

Salam semua...

emmm,dah lama tak berblog nie.Bz sikit la sejak akhir2 nie.Maklumlah nak menguruskan kenduri kawen kakak.26 nov hr tu kenduri kat PD.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar n selamat.Last week kenduri kat Perlis pulak.Dari Putrajaya gerak 3 buah kereta n 1 van.Memang meriah konvoi ramai2 nie.
Lupakan pasal kenduri tu coz semuanya dah selesai.Skrng beri tumpuan kepada kerja pulak.Cuti pun dah habis,lepas ni nak cuti kenalah ambik MC je.huhuhuhuu............Bila dah cuti ni mulalah rasa mcm nie,badan rasa sengal2 je.kepala pun rasa pening.Maybe tak cukup rehat agaknya.Tapi apa2 pun kena lawan semua tu.Now tumpu pada kerja.Thanks kepada fizah n intan yang backup selama bercuti nie.Tanpa korang tak tahu la apa nak jadi kat bilik fail nie.Terima kasih banyak2 yer..........(Minta maaf sgt2 coz tak belikan apa2 pun utk korang berdua,tak pergi pun Padang Besar(Hujan ptg tu)Nantila kalau balik PD bawakan Buah Mangga untuk korang yer)
Lepas ni budak2 PSH dah tak ada,so tinggal la kita bertiga je nak uruskan semuanya.Takpela kita buat jela mana yang termampu kita lakukan.